Saturday, October 20, 2012

Bersuka Ria di Landmark Theme Park, Inverness

As usual before I start my morning, update blog dulu. Tapi ni kire citer dah lapuk, citer time summer dulu. Cuma tak update dalam blog je lagi. 

Best juga main water slide ni, curam, 6 round aku slide.
Kisahnyer pergi bersuka ria di taman tema yang tak seberapa di Scotland selepas mendapat gaji pertama. Landmark Theme Park di Inverness ni kira yang paling best kat Scotland. Kalau kat Malaysia ni, Tambun Waterpark kat Ipoh tu lagi best. Memandangkan aku tak tau nak bersuka ria kat mana, datang sini jela.
Tempat ni mengingatkan aku kat waterpark di Gombak dulu, Mimaland.
Entry fee £12.50 per day, boleh keluar masuk. Dari tempat aku di Wester Ross, perjalanan dalam 1jam 20minit.
Roller Coaster yang... alahaiii, bosan giler, tak mencabar jiwa lansung.
Theme park ni dibina ada tujuannya tersendiri. Bukan setakat nak buat untung sahaja, tapi untuk education kepada masyarakat mengenai hutan pinewood di Scotland. Terdapat education centre di mana pengunjung boleh berjalan ke pine forest dan membaca beberapa informasi mengenai wildlife yang hidup di hutan ni.
My favourite, kuda.
Satu ketika dulu, ketika World War II, banyak pokok pine ditebang. Kesannya ke atas Scotland dapat dilihat sehingga sekarang. Memang kawasan highlandnya yang dulu sepatutnya banyak pokok pine, rata sahaja, cuma ada pokok-pokok renek. Pokok pine masih ada, tapi tidak sebanyak yang sepatutnya. Oleh itu sekarang ni mereka memulakan usaha memelihara hutan pokok pine.
Bile pokok pine ni dah banyak ditebang, jadi banyaklah wildlife hilang tempat habitat.

Contoh bilik pekerja balak di Scotland.
Terdapat juga illusion house, lebih kurang macam kat Wanaka, New Zealand. Tapi yang ni ala kadar je.
Put your hand on the ball, and watch the lights movement.




Seronok ambil gambar kat lampu ni, rasa macam artist k-pop.


Walaupun tidakla sehebat Sunway Lagoon, tapi enjoy la juga. Orang pun tak ramai.

Have a nice day everyone, terima kasih sudi membaca. Next entry about my highlands cycling trip.

3 comments:

Faisal asyraf said...

Hye,

Tak perasan pulak kat Inverness ada recreation park ni. Very nice. Jgn lupa try tido kat rua reidh lighthouse. It's good to be in Scotland, close to nature minus the bad weather. Hehe

I can see that you are into history as well. Best2

WanAtie said...

Cantik lh plak sy tgk bilik tukang balak tu sis hihihi

Pink Diary said...

yer bro, tapi lately weather nice, cuma sejuk pula.

wanatie, simple je kan bilik.