Monday, October 29, 2012

New Zealand Working Holiday Visa


Assalamualaikum & hello,

First of all, sebelum memulakan topic hari ni, I nak jawab soalan kepada persoalan (berkaitan dengan entry yang lepas), 'masalah dengan imigresen ketika masuk memandangkan stay lama'. Tiket balik memang I dah beli siap-siap. Tapi tarikh I balik pada tiket ialah 2 minggu selepas tarikh tiket I fly in.

Immigresen tanya soalan macam biasa lah, accommodation dah book ke? Apa itinerary? Sebenarnya ikut pada nasib. Time I masuk dia memang tak tanya banyak. Tunjuk return ticket dan jawab dengan konfiden.

Dah lepas immigresen, mulakan plan tukar tiket date tiket balik. Kalau booking online, boleh tukar online je. Tapi ada fees yang dikenakan. Macam I dulu, I kena bayar fare difference sebab tiket yang I beli ialah under promotion. Kalau normal tiket, tukar before certain period tak dikenakan yuran tambahan.
 
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, masuk topik baru. Working Holiday Visa scheme. Mungkin ada yang tak pernah dengar tentang skim ini. Skim ini ialah permit yang diberikan kepada travelers untuk tinggal di sesebuah negara di samping boleh mendapatkan pekerjaan untuk menampung perbelanjaan traveling. Terutama kepada pemuda-pemudi, melalui skim ini anda dapat menimba pengalaman untuk tinggal di negara asing, tanpa berhadapan dengan perbelanjaan yang banyak ataupun tanpa in advance mencari pekerjaan (sampai baru cari), dan juga tanpa attending any expensive university exchange programmes.

Skim ini hanya terdapat untuk beberapa negara sahaja. Contoh untuk rakyat Malaysia, New Zealand & Australia menawarkan skim ini. United Kingdom pernah menawarkan, tetapi sudah ditutup tahun lepas memandangkan ramai rakyat Malaysia overstay di UK, dianggarkan 30,000 rakyat Malaysia tinggal secara haram di UK. Ni laporan dari berita I baca 3 tahun lepas.

Berikut ialah laman web NEW ZEALAND IMMIGRATION. Click kat gambar untuk ke laman web.
Laman web NEW ZEALAND IMMIGRATION.

Di ruangan 'FIND A VISA', click di baris ayat yang pertama.

Skim ni memang terkenal di kalangan anak muda di UK, Eropah, Canadian, South America, Japan and Korean. Kalau di New Zealand dan Australia, memang bersepah lah diorang ni kat ceruk mana sekali pun.
Kemudian, di bawah ruangan 'WORK', click 'WORKING HOLIDAYS'.
Basic step I dah share kan disini. Seterusnya anda teruskan apa-apa yang patut. Kalau nak cerita step seterusnya panjang lebar lagi entry ni.

Untuk tahun 2012, skim ni dah ditutup. Tetapi akan dibuka semula pada awal tahun 2013. Anda boleh click link kat atas. Cari Working Holiday Visa. Syarat-syarat semua ada diberitahu dalam website tersebut. Tapi ingat!!! Harus cepat pada hari application ni dibuka.

Visa 6 bulan akan diberikan kalau berjaya. Kalau dulu memang setahun, tetapi selepas banyak kes orang tak balik (kan.... kes overstay ni memang fofular sangat among Malaysian), gov NZ pun pendekkan kepada 6 bulan sahaja. 

Kalau anda bekerja di sektor agriculture selama 3 bulan, visa boleh extend untuk 3 bulan lagi, in total boleh stay 9 bulan. After that kalau nak stay lama lagi, kene pandai-pandai la cari apa visa yang boleh. Walau apa pun dapatkan dulu WHV ni, sampai sana baru fikir macam mana nak stay lama or menetap di sana.

Di samping itu, anda boleh la browse apa-apa link dalam website tu untuk mengintai peluang-peluang lain. Scheme untuk fresh graduate pun ada.

Tujuan I share semua ni bukan nak tunjuk hebat ataupun menagih pujian. Sebenarnya banyak otai Malaysia yang I jumpa, yang dah pernah kerja sana sini dan lebih pengalaman dari I. Cuma diorang ni tak ada blog nak share experience.

Salam.
xoxoxo
kucingpolo@yahoo.com

5 comments:

WanAtie said...

Harap sgt skim ni masih dibuka utk dua tahun akan dtg. Skrng tgah kumpul duit dlu sebelum merantau. Apa pun sis terima ksih sebab dgn maklumat ni akan bnyk menolong mereka2 yg diluar sana yg punya impian sama mcm sis.

Pink Diary said...

selalunya every early month of january akan dibuka. but u have to be very mega quick coz in just 2 days the place filled up. insyAllah when the time come I will remind you here in my entry.

nani dean said...

salam beb....

i just finished read all ur entry for the whole day....sgt menarik la....i pon tgh dlm perancangan nak g NZ utk kerja...sebelom ni pon i mmg pernah study di NZ..kat Wanganui graduated yr 2004. tell u...once u dtg NZ, u wont forget all about NZ...even kat dah 8 thn i blk malaysia pon still hoping that 1day boleh settle kat nz...cari je la keje kan...bkn susah sgt...nak taknak je. anyway just adore ur life as a traveler....u mmg gempak aa boleh travel mcm nomad hahaha....best of luck

nani

Pink Diary said...

so true! i pon sgt x boleh melupakan nz. walaupun dah smpai europe, i tetap rasa nz still the best.

nani dean said...

yup! next time u travel to NZ ajak i ok ;))