Saturday, October 27, 2012

Salji Turun Di Pagi Raya Aidil Adha

Assalamualiakum & Hello,

Terlebih dahulu di kesempatan ini, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA kepada semua penganut yang beragama Islam.

Beberapa hari lepas dalam surat khabar 'Press & Jurnal', di ruangan weather forecast ada meramalkan salji akan turun di kawasan Highland, Scotland terutamanya di North West. Angin sejuk dari antartika akan menyebabkan salji turun.

Memang plan nak turun ke Inverness nak tunaikan solat Raya Aidil Adha. Kalau raya yang lepas solat Hari Raya Aidil Fitri diadakan pada pukul 10.15am. So aku try cek website Masjid Inverness, huh, under construction sampai la hari ni.

Pagi ni aku pun chow la ke Inverness, ambil masa lebih kurang 1jam 20minit nak sampai. Memang pagi ni sejuk, lebih kurang 0celcius. Kat hill top dah ada snow, kelihatan keputihan. Mungkin malam tadi la kot turun.

Masa on the way drive, sampai di Kinlochewe, salji turun. Taraaaa!!!! Apa lagi berhenti la sat dulu nak snap snap photos. Tiga kali aku berhenti, last stop kat Rogie Fall.




Rogie Falls

Sudahnyer sampai Inverness jam 11am. Orang pun dah habis sembahyang raya. Di pintu masjid ada dilekatkan kertas putih memberitahu 'Eid of Adha Prayer - 9.15am' dan 'Eid Celebration Party- Saturday, 2pm-5pm, Community Hall'.

Kalau ada transport sendiri memang aku turun je esok pagi nak ke jamuan raya. Memandangkan kereta pinjam, terpaksa la batalkan niat. Dah terlanjur sampai Inverness, kesempatan diambil round dalam town. Melawat museum dan shopping groceries.


Inverness City Centre dari tingkap museum.


Snow di puncak bukit.
Minta maaf entry kali ini bukan kesinambungan dari tajuk entry yang lepas. InsyaAllah topic 'Saving The Money to be continued' di entry yang akan datang.

Selamat malam semua.


3 comments:

WanAtie said...

Selamat hari raya aidiladha juga sis yg jauh di perantauan.

~Beb~ said...

Xpe la beb tak de rejki ko nak settle kan solat tuh, niat dah ada tuh pon dah dpt pahala.. InsyaAllah.

Salam aidiladha beb. :)

Pink Diary said...

selamat hari raya uolsss