Saturday, October 20, 2012

Tramping dan hiking di Flowerdale

Sebenarnya hiking routine ni tak pernah berlaku pon masa kat KL dulu. Berlaku, tetapi tidaklah sekerap sekarang ni. Oleh itu, peluang macam ni digunakan sebaik-baiknya.

Kalau kat KL nak buat seminggu sekali pon agak susah. Yelah, nak pergi dari satu tempat ke satu tempat kene menempuh jam. Paling kerap pon ke Bukit Gasing di PJ, sebabnyer dekat dengan office. Itulah hakikatnyer duduk di bandar besar. 
Flowerdale adalah antara tempat yang kerap saya datang untuk 'tramping'. Dalam seminggu adalah dalam 3 kali, dan meluangkan masa lebih kurang 2 jam dalam 'forest'. Kalau mak kat kampung telefon, slalu tanya 'apa kau cari dalam hutan tu? Bukan ada beruk pun.' Dah minat, nak buat macam mana. Sudah menjadi rutin orang-orang di sini juga selalu 'tramping' dan 'hiking'.

Lagi satu yang best kalau 'tramping' dalam 'forest' kat sini, tak ada ular. Ular tu ada, tapi jarang tersangat jarang. Pernah sekali je nampak, kontot dan tidak merbahaya. Orang sini panggil 'grass snake'. Tapi ada yang cakap bukan ular, cuma cacing besar sahaja, tapi saya rasa ular, cuma kontot je, panjang lebih kurang 15cm.
Hutan kat sini ialah hutan pokok pine. Permukaan tanah pon tak ada la rumput-rumput panjang. Semakin tinggi permukaannya berlumut je lah dan berbatu.
Cendawan liar yang pelbagai jenis memang banyak kat sini. Ada yang boleh dimakan dan ada yang beracun. Macam kat Malaysia juga lah.

Aktiviti seperti ini memang sihat untuk kita sambil menikmati dan menghargai keindahan alam semula jadi. Jiwa dan mental pun rasa tenang selepas menghirup udara segar. Yang penting duit pun tak habis dengan aktiviti macam ni.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca. Entry berbahasa melayu kali ini, sekali sekala.

1 comment:

WanAtie said...

Best kan si hutan kat sana tak sama mcm di malaysia. Klu di malaysia banyak serangga berbahaya ada maklum lah tanah lembab tu kadang2 rasa takut nk masuk hutan tu tapi berlainan dengan kat sana tu kan.