Tuesday, November 6, 2012

Berjimat Sambil Berdiet

Suddenly out of the blue I came out with this topic. Saja nak sharing makan berjimat sambil berdiet. Amalan makan budget ni bermula ketika di New Zealand. I makan sayur atau buah-buahan je. Daging memang jarang sangat, sebulan sekali lah kot. Sebabnya daging halal mahal.

Bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga berkhasiat. Contohnya untuk sarapan, Salad Telur Rebus & Garam Masala. Diperlukan 3 biji telur, 2 biji tomato, separuh bell pepper dan garam masala yang digoreng dengan minyak zaitun.

Pengalaman tinggal dengan 'mat saleh' I banyak belajar dan mengamalkan makan salad. Nak buat teramatlah senang. Sediakan sayur-sayuran je. Seperti gambar di bawah, tomato, spring onion, timun dan bawang. Kemudian gaulkan dengan salad oil dan salad dressing. Ikut suka hati sendiri.
I pernah diajukan soalan yang agak kurang cerdik oleh seorang 'mat saleh'. Dia tanya I, salad ni makanan harian orang Melayu ke? I jawablah tidak. Tapi kami makan ulam, ala2 salad tapi takdelah semeriah salad. Dia cakap dia kagum tengok I pandai sediakan salad. Dalam hati I, apa ke bodohnyer dia ni, kan senang je nak buat salad. Tak perlu nak menumis, nak blender bawang chilli bagai semua. Ngok!

Gambar di atas satu lagi salad mudah dan ringkas yang I selalu makan sebelum tidur. Lettuce, sweet corn in cans, timun dan salad oil. I tak suka tidur dengan perut lapar. Kalau kat Malaysia sebelum tidur I bedal nasi lemak panas ataupun apa-apa makanan goreng-goreng dari kedai tom yam. Tapi kat sini tak ada kedai tom yam.
Tomato salad with parmesan grated cheese and salad oil.
Time balik Malaysia dulu memang berat I naik dekat 10kg dalam masa 3 bulan. Bila I datang sini, dalam masa tak sampai sebulan turun 8 kg. Makan makanan yang berkhasiat dan juga selalu melakukan aktiviti fizikal. Lagipun tak ada kereta, kayuh basikal je pergi kerja.

Kalau balik Malaysia nanti, tak ada maknanya nak makan salad lagi dah. Pagi-pagi I akan cari nasi kerabu, lepas tu tengah hari makan nasi putih ikan bakar kat Jalan Bellamy, dinner makan goreng-goreng kat kedai tom yam dan sebelum tidur bedal nasi lemak panas daun pisang.

Akhir kata, 'Malaysia has the best food in the world'.

Salam,
xoxoxo

3 comments:

WanAtie said...

Agaknya mat salleh tu ingat makanan kita sama dgn dia kot hihihi. Memg betul ckp sis apa pun yg kita mkn sesedap mana pun masakan malaysia tetap juga dlm hati. Mana boleh tinggal nasi lemak.

~Beb~ said...

HHAHAHAHAHAHHAHAHAHA kan dah kene ngok sebijik.. Ye la beb, msia terbaek. Tapi tak rugi beb berdiet, jge kesihatan ;) Haduhh klu aku tatau la cmne. Aku mmg gle salad. Tapi gile2 pon mesti nk food kite gak. Sure nangis aku

Pink Diary said...

mat saleh tu ingat susah sgt kot nk buat salad. kalau duk malaysia diet mmg rugi besar. tak pnah wujud dlm kamus makan aku utk diet kat malaysia