Friday, November 9, 2012

Tak Terima £ dari Bank of Scotland

Kelmarin pagi turun England, dan hari ni masih di England. Meneman isteri tuan rumah menghantar ayahnya pulang ke rumah di York. Penat gak menjaga orang tua dalam kereta. Perjalanan sepatutnya 9 jam, tapi kami berhenti banyak kali sebab kaki pak cik tu dah kebas. Kalau kejang urat susah lak I nanti.

Semalam I jalan-jalan  turun ke town, masuk kedai Chocolate at 26, memang fofular di York. Memang hajat di hati nak beli fancy chocolate. Bila time nak bayar, cashier tak mau duit I. Mengapakah? Bau belacan ke duit I?

I tanya cashier lady tu, "why?"
"We don't accept note from Bank of Scotland. Do you have note from Bank of England?"
 
Dalam hati I, eh peliknya, currency kan sama je, £. Apa bezanya kalau duit tu Bank of Scotland yang keluarkan. Dalam purse I memang tak ada note dari Bank of England, coz I withdraw duit di Scotland. I pun bagi alasan, "I ll go get some cash from atm and I ll come back."

I letak balik kotak chocolate kat rak and chow dari kedai dan tak masuk lagi. Then cari atm and withdraw sikit je duit.

I tanya Pat, pehal diorang tak terima notes dari Bank of Scotland. Pat cakap setengah kedai je ngada-ngada. Tapi kebanyakan kedai terima je. Tapi notes dari Bank of England memang 100% diterima di Scotland.

Oooooo macam tu....

Salam,
xoxoxo

2 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

Salam..saya ada emel kat awak..dapat tak? Rasanya dalam 2 minggu lepas..

~Beb~ said...

Part duit ade blacan x tahannn.. Habisss? Kempunan la ko?