Monday, July 15, 2013

My new passion, online shopping

Assalamualaikum alls,

Hari ni x panjang I nak celoteh. Just to drop by to tell uols my new passion, online shopping. Mula nak berjinak-jinak business online. 

Kepada uolss yg suka berfesyen, sudi-sudilah menjenguk ke online shop I. Baru lebih kurang sebulan je. Asalnyer I ni memang giler online shopping. Masa kat UK dulu memang best shopping kat ebay uk. Nak cari used clothes from designer brand mmg byk choice. I jenis tak kesah uols pakai used clothes. Janji CHIC!

Kalau sudi boleh lah like kat fb. Just click kat pic bawah ni hokay.

Blog pon aderrr,,, just click on the picture.

Thanks:)

xoxo

Sunday, July 14, 2013

Hujung bulan Jun punyer la banyak snow

Assalamualaikum,

Macam mana puasa? Kat sini hari ke 4 kami berpuasa, we alls start puasa lewat sehari. 

Serious kali ni puasa memang best giler, seronok sangat. Sebabnyer job I indoor, bukan outdoor lagi macam dulu.

First time puasa kat sini dulu kena kerja kat ladang, membanting tulang dari kul 7am sampai kul 6am. Dah mcm Indon or bangla yg keja kat ladang kelapa sawit. Time tu winter lak, segala apa yg ada kat tanah beku. Walaupun waktu berpuasa pendek, tapi kalau dah kerja terdedah 11jam dgn cuaca sejuk as low as 0 celcius, tekak yg kering menjerit-jerita meminta air,,,,, ya Allah,,,,, Tuhan jelah yg tau time tu. Diakui, memang ada hari-hari yg aku ponteng pose dek kerana x larat sesangat.

Tinggalkan citer sedih di ladang....

Entry kali ni I nak share pic snow. I always very the jakun kalau tengok snow banyak2 ni... alwayssssss. Alahhh mat saleh yg dh berpuluh taun duk sini pon jakuns gakkk. Kengkadang wat lawak bodoh yg buat I tertanya, lawak ke derrr???

Contoh lawaknyer ialah time snow kat Christchurch dulu I nampak bebudak pompuan baya2 I ni berposing dengan bikini on the street sambil gelak2 mengilai amek gambar buat duck face. Simpang! Nyampah. Tak lawak lansung. Attention seeker ok.

Citernyer adalah mamat ni ajak g Lake Heron katanyer, sana snow tebal ya amat katanyer.. Dulu I ikut dia mancing kat Lake Heron ni dah baper kali dah. Memang kaki mancing tapi I like. 

Kat sini I rasa nak dtg sorang-sorang tak ada worried feeling contoh kene rogol, kena culik or kena rompak.

Second time, third time, and time time lain I drive sorang je dtg sini g Lake Heron. Tempat ni memang rural, ada 2 family farmer je yang duk area ni.

Road Closed katanyer bila sampai simpang ke Lake Heron. Mat saleh ni selamba jer, dia ckp kalau malam mungkin kita akan stuck, tapi siang, lek la. So redah jerr.... Memang jalan x licin pon. Ok jer.
Cuba cari mana tasik kat pic atas ni. Dah beku dah Maori Lakes ni. Kecik je tasik ni. Cobaan I nak ke papan tanda tu pun gagal sebabnyer snow paras lutut.
Nila gambaran dekat rupa snow yg dah jadi ais, macam serpihan kaca yg berderai pecah. Bukan lembut mcm snow biasa. Time ni cuaca -10. Kalau malam ntahler bape agaknyer. Bak kata mat saleh sorang ni, air tangki public toilet kat camping ground pon leh beku.
Bangga tak??? Toilet sini ada tulis bahasa melayu walau pon kasor bunyinyerrr.... JANTAN!!!!
Ni PEREMPUAN. Tak susah nak cari toilet kat sini kennn, pilihan di tangan anda JANTAN or PEREMPUAN. Walaoupun ceruk kampung mcm ni ada gak bahasa melayu, bangga la gak walaupon 2 words je.
Ni la Lake Heron yg diambil dari verandah holiday home. Rumah ni tak berkunci, I masuk saja nak jenguk2 je.
Backyard covered with snow.


Lake Heron,,,, cantek gilerrr kennn. Tenang sgt masa jalan2 kat tepi tasik, hanya kedengaran angsa, itik dan burung sahaja yg sibuk berbual sesama sendiri.
Tenang je kehidupan angsa ni, atas nampak tenang kat bawah tu kaki terkial-kial mengayuh.
Sape ingat lagi citer Jepun bersiri Oshin??? Time tu aku budak lagi, awal hujung 80an kalau tak silap, '88 or '89. Tengok tebing sungai penuh dgn salji ni teringat citer Oshin. Budak pompuan dlm citer tu selalu g amek air kat sungai redah snow, merah2 pipi dia.


Seperti hamparan permaidani putih.

Dah jauh sikit dari kawasan rural, temperature pon dah naik sket.

Ok, nak masak untuk berbuka pose. Roti canai & vegetable kari.

Tata titu.

Saturday, July 13, 2013

Di Suatu Tempat di Hujung Kota.

This is the reason why I like New Zealand so much. Walaupun duk di CBD, tempat2 cantik yg boleh layan blues sambil dengar lagu hindustan tak jauh dari city. Jalan tak jam & nak drive pon x jauh.

Hakikatnyer time I balik KL dulu, kepala aku pusin sebab tgk kereta atas jalan tak putus-putus. Naik train lak berlambak muka indon, muka bangla. Bergelumang lak dgn feeling fear. Mana tak takut kat ton oii,, kat paper citer jenayah sana sini. Kena rogol, kena ragut, kena tikam,,, macam2 lah.

Tempat ni macam dah jadi weekly spot I la kiranya. Walking track dia 1.30 hours je duration. Pemandangan memang oooooo cantek giler. Skang ni musim sejuk so jarang-jarang dah dtg sini.

Nama tempat ni Taylor Mistake Bay. Walking path nyer gentle je, x mencabar. Sesuai bawa anak bini.

Cantek kennnnnn





Ada juga disediakan beberapa biji pondok kalau nak bermalam sini. Bayor yer bukan pree.

Last entry I cakap nak citer pasal yg snow tebal tuuuu,,, next entry la I story mory. 

Lagipun I penat hari ni,,, terlibat dengan misi menyelamatkan anak bulus yg tersangkut kat pokok since lunch time. I balik kul 5pm, tak sempat masak apa-apa neighbour ketuk pintu bgtau kucing I ke yg tersangkut kat pokok tu. Katanya dari lunch time tadi. Dia ingat dah mati sebab tak bergerak... choiiiii. Nangis tau kalau dah  mati.

Dah lama tak panjat pokok hari ni kena panjat dengan sejuknyer menggigil aku. Neighbour nak panggil bomba tapi aku cakap biar aku panjat dulu, tunjuk skill kat neighbour lagi satu, kot kot dia intai dari tingkap. Sebab muka dia macam Keanu Reeves,,, melelesss.

Alhamdulillah berkat skill panjat pokok mangga kat kampung akhirnya berjaya bawak turun anak bulus. Patut kul 5.15pm buka puasa, 6pm baru aku meneguk air.

Ngantuk ni, nak tidor tapi nak habiskan tgk movie FROM HELL, citer pasal Jack The Ripper.

Ok, uols take care tau. Buka pose tu jgn over sgt. 

Tata titu

Friday, July 12, 2013

Sengih Riang Ria Melihat Salji

Winter kat hemisphere selatan jatuh pada tengah tahun. Yg belah belah atas tu hujung tahun. Time sekolah dulu ada belajar Geography kennn??? Teringat cikgu teman yg perut boroi tu, Mr Wong namanyer. Kalau cakap tersembur air liur. Zaman skolah dulu suka sgt kutuk dia, tapi skang, terhutang budi ok. Love u cikgu.

Hujung Autumn snow dah turun, untuk 2 hari je. Not all over New Zealand. Selalunyer kalau bab snow turun ni South Island je yg fofular.

Tapi tak lebat sangat macam year 2011. Kat rural area mmg lebat & sangat sejuk.

After few days, hujan pulak turun tak berhenti selama 2 hari. Tapi hujan sini tak lebat mcm kat Malaysia sampai atap rumah pun bergendang. Lebat tak lebat berjaya jugak lah membuatkan air sungai melimpah ke jalan.

Kerusi yg selalu aku duduk bagi itik makan sambil layan blues pun separuh tenggelam.


Sambung citer next entry k. Next entry I nak share pic snow tebal kat one of the rural area, 2 hours drive from Christchurch.

Tata titu....




Thursday, July 11, 2013

Selamat berpuasa uolsss

Assalamualaikum & hello darlsss,

Selamat berpuasa kepada semua muslim di dunia ni.

Adoi dah lama tak buka blog. Fuh fuh dah berhabuk.

Very the busy to manage life  & also committed to my luar pintu life,,, omputeh ckp outdoor life.

Kalau online tenet pon cek fesbuk & cek online order, gitew,,, skang I dah involved dgn online business lak melalui fesbuk. Baru nak mula.

Thanks a lot juga pada sesiapa yg sudi email bertanya kemana menghilangnyer aku ni dah lama x update entry. Salam perkenalan utk uols uols yg send email. Yang email ayat-ayat jiwang berdarah pon ada. Adoiii pengsann jap. Hahaha

Hari ni first puasa. Syok puasa musim sejuk sebab buka puasa cepat, kul 5.15pm. 

Menu berbuka simple je. Sila lihat gambar di bawah. Maggie goreng dgn hot chocolate. Melayu campur omputeh.


Hot chocholate tu sedap. Ada campuran spices seperti bunga cengkih & apa ntah tak tau tp ada rasa rempah ratus.

Di samping itu, anak bulu aku yg dah pun besar, mcm biasa suka menyibukkan dirinya di dapur.

Mata dok sepet gitu sebab terkena air bawang. Aku dah pesan g main jauh-jauh dengan Princess Bella (kucing jiran ku yg baru menang kategori kucing paling cun musim sejuk baru-baru ini). Mungkin kerana terasa diri tak setaraf dengan Princess Bella so dia xnak join awek tu. Apa pun kucing aku ni baka Bengal. Cantik belang-belang kelabu dia.

Mulai hari ni akan kurajinkan diri untuk update entry, hokay! Banyak nak citer tapi not now lah. Nak citer pasal salji turun uollsss. Tapi next time ekk.

Tata tituuuuu.

Muah muah.

Monday, April 22, 2013

Happy monday with my cat

Assalamualaikum,

Siapa minat kucing? Me sangat suka kucing. Ni dia kucing I.







Happy Monday all. Cheers xoxo

Thursday, April 18, 2013

PET EXPO Christchurch 2013

Untuk masih yang tidak tahu, saya sangatla pencinta haiwan. So, last Sunday ada Pet Expo di Christchurch. Apa lagi, harus pergi.

Jom tengok gambar anak-anak bulu kat sini.


Seisi mengadili adik-adik bulu.








Ni, muka dia memang xleh blah, hihihi


Leonbenger dog breed, besor, muka mcm bear pon ada.

Comelnyer akak ni ikat rambut.


Tikus ni sangat jinak, dibiarkan sahaja berkeliaran dan tak lari.

Expo haiwan peliharaan ni memang sangat mendapat sambutan.

Tuesday, April 9, 2013

Kari Ubi Kentang ABC


Pepatah omputeh ada menyebut 'easy as ABC', begitulah perumpamaannya dengan cara nak buat Kari Ubi Kentang. Senang beb. 

Ada satu hari I met with a Malaysian girl yang buat working holiday kat sini. So we alls pon make friends and meet up for the 2nd time. Masa jumpa 2nd time tu dia tanya I, u pandai  masak tak? I cakap OK OK la. 

Amoi tu menyatakan hasratnya nak masak Malaysian food untuk flatmate dia yang datang dari pelbagai negara. Apa lagi, I cakap JOM! I bawak you satu kedai ni dia jual paste macam2 utk masakan Malaysia. You boleh buat beef rendang, chicken curry, nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi.

Amoi dengar je, terus dia mengeluh, I tak pernah masak itu, susah lah. Dia nak masak udang dengan tomato sos, macam kawan dia buat. No no I said. Tu omputeh dah tau, depa dah biasa lahhh, nothing special about it, kene gelak je nanti dgn mat saleh, tak AUTHENTIC langsung.

I nak introduced you cara nak masak our AUTHENTIC food dengan cara senang. Lepas dah explain & tunjuk cara penyediaan baru la amoi cakap, eh senang aja la. Tau pun.

Di luar packet tulis Malaysian Traditional, Chicken Curry. Ni la curry yang ala ala kenduri khawin. Memandangkan ayam halal kat sini mahal, so I guna ubi kentang & tomato jelah. Sekadar nak melepaskan rindu makan kari melayu.

Tumis bawang, then masuk paste, masuk kan sedikit air, santan, ubi, tomato.... tadaaa. Dah ready nak makan.

Kenalkan Malaysia pada dunia melalui makanan kita yang sangat AUTHENTIC. Ni balik-balik Thai food je berlambak kat oversea.

Monday, April 8, 2013

Desert Roti Filling Chocolate dengan Custard

Assalamualaikum & hello,

Buat masa ni tak ada entry travel sebab dah stuck dekat Christchurch. InsyaAllah kalau ada rezeki leh sambung balik travel. Entry memang banyak citer pasal my food & lifestyle in Christchurch. Sekadar berkongsi. Jom tengok dessert I semalam.


Malam semalam after dinner tekak rasa nak dessert. Rajin tu tak berapa ada sangat. Nak beli kedai mana la buka malam-malam cenggini, bukan mcm kat Malaysia. Anytime anywhere perut lapor start je enjin keter kedai bersepah buka sampai pagi buta.

Stok dapur tak berapa nak ada sangat, ada roti, pastu saki baki cooking chocolate and tepung custard ada dlm cabinet. Jadilah tu nak buat dessert ala ala bodoh gitu janji dptlah memuaskan nafsu tekak ni.

Cooking chocolate tu di potong-potong ikut pandai-pandai korang la utk disumbatkan dalam roti buat macam sandwich. Then bakar dalam sandwich toaster sampai chocolate yg terkepit kat celah roti tu cair.

Then buat lak sos custard. Susu, gula & tepung custard. Kacau-kacau dengan api yang sederhana kalau tak ketul-ketul. Memandangkan malam semalam kemalasan melanda, jadi tak rajin sangat nak kacau-kacau sos custard dengan baik, jadi ketul-ketul la jawabnya.

Sedap??? Errmmm tekak sendiri kata sedap sebabnya I suka apa-apa sahaja dessert yang ada dark chocolate. Nyum!

Sunday, April 7, 2013

New Brighton Beach

Weekends uolss. Tak tau nak g mana. Lepak area dekat rumah je.

Nama tempat ni New Brighton Beach. Apa yang best kat sini? Best untuk lepak-lepak jelah. Angin kuat & sejuk. 

Nak pergi tempat ni dari rumah I jauh la kalau jalan kaki. Nek beskal kayuh dlm 30 minit je, dan kalau drive 10 minit. Naik bus mahal, NZD3.

Kalau mancing pon best kat pier yg panjang tuh mcm dlm gambor kat bawah tapi sejukkkk.


Riadah bersama keluarga pon sesuai kat sini. Ada free public pool, open air,,,, tapi sanggup ke dengan angin kencang yang sejuk.

 Itu saja cerita weekend yg agak quiet.


Friday, April 5, 2013

CLEAN EATING - Watch What You Eat

Assalamualaikum & hello,

Sekarang ni I mengamalkan CLEAN EATING. Menu untuk clean eating ni memang nampak membosankan tapi sangat bagus untuk kesihatan badan anda terutama mereka yang nak mengurangkan berat badan.

Through my observation among my friends in Malaysia, none of them practice CLEAN EATING. Cabaran besar tu nak mengamalkan CLEAN EATING di Malaysia. Lambaian mamak siang & malam; sana sini makanan sedap2.

My opinion, tidak ada apa yang susah untuk mengamalkan sesuatu. Kuncinya ialah MOTIVASI. What motivate me to practice CLEAN EATING? Untuk mendapatkan LEAN BODY & juga mencegah dari penyakit dan segala pelbagai masalah kesihatan.

This pic from Google search.
Apa itu CLEAN EATING? Makanan yang tak diproses, fresh seperti sayur-sayuran & buah-buahan.

Di Malaysia memang banyak la sangat apa jua masakan menggunakan minyak. One of my friend nak diet, tapi selalu mengadu dah diet tapi susah jugak nak turunkan berat badan. Silapnya? Tidak semestinya kita makan ciput boleh loose weight, it depends what we eat. Contoh, nak diet tapi makan nasi goreng separuh cawan je. Tetap tak menjadi sebab nasi goreng di goreng, tambahan menggunakan minyak kelapa sawit. Kalau nak goreng-goreng, gunalah minyak zaitun.


This pic from Google search too, sebagai inspirasi.

Lagi satu yang kurang sangat dilakukan oleh mereka yg nak menurunkan berat badan ialah senaman. Tidak ada masa selalu menjadi alasan. Oleh sebab banyaknyer golongan yg malas nak bersenam ni, maka wujudlah pelbagai product untuk menurunkan berat badan atau dikenali sebagai FAD DIET. Sangat tidak bagus uolllsss. FAD DIET tidak kekal lama. Nanti kita cerita panjang pasal FAD DIET. 

Secara kesimpulannya, WATCH WHAT YOU EAT, CLEAN EATING & EXERCISE adalah kunci untuk mendapatkan badan yang sihat & cantik. 

Jom tengok menu  makan malam I malam tadi. Simple je.

I knowwww.... I knowwww, banyak yang tak biasa dengan makanan macam ni. Orang yang mengamalkan makan mcm ni juga diklasifikasikan orang yg  membosankan. Tapi kalau I balik Malaysia, I melantak tak hengat gak. Balas dendam.

So, selagi ada kat sini I ambil peluang untuk mengamalkan makanan sihat. 


Tuesday, April 2, 2013

Memancing Di Tasik Heron, Canterbury.

Assalamualaikum & hello,

Mendapat jemputan dari 2 orang jejaka kiwi untuk menyertai aktiviti memancing. Ikut je.

Lokasi, Lake Heron, Methven... salah satu lokasi shooting Lord Of The Ring. An hour drive from Christchurch.
Diorang ni kalau bab outdoor memang laju je. Lengkap semua peralatan & mamakai proper attire utk memancing lak tu.




Tuh yang dok masuk dalam air tuh siap pakai 'gum boot' paras paha supaya tak basah. Nak amek gambar diorang dekat2 segan lak. Sebabnyer memang diorang dah label org2 Asia ni asyik suka bergambor je kejenyer.



Sedey, xda sape nk tlg snapkan.


Dapat ikan or tak? Elek. 0. Balik dgn tangan kosong... tapi mamat 2 orang yg i follow tu dpat 2 ikoq ikan trout.

Apapun suka sangat dengan kedamaian & keindahan pemandangan. SubhanAllah.