Monday, April 22, 2013

Happy monday with my cat

Assalamualaikum,

Siapa minat kucing? Me sangat suka kucing. Ni dia kucing I.







Happy Monday all. Cheers xoxo

Thursday, April 18, 2013

PET EXPO Christchurch 2013

Untuk masih yang tidak tahu, saya sangatla pencinta haiwan. So, last Sunday ada Pet Expo di Christchurch. Apa lagi, harus pergi.

Jom tengok gambar anak-anak bulu kat sini.


Seisi mengadili adik-adik bulu.








Ni, muka dia memang xleh blah, hihihi


Leonbenger dog breed, besor, muka mcm bear pon ada.

Comelnyer akak ni ikat rambut.


Tikus ni sangat jinak, dibiarkan sahaja berkeliaran dan tak lari.

Expo haiwan peliharaan ni memang sangat mendapat sambutan.

Tuesday, April 9, 2013

Kari Ubi Kentang ABC


Pepatah omputeh ada menyebut 'easy as ABC', begitulah perumpamaannya dengan cara nak buat Kari Ubi Kentang. Senang beb. 

Ada satu hari I met with a Malaysian girl yang buat working holiday kat sini. So we alls pon make friends and meet up for the 2nd time. Masa jumpa 2nd time tu dia tanya I, u pandai  masak tak? I cakap OK OK la. 

Amoi tu menyatakan hasratnya nak masak Malaysian food untuk flatmate dia yang datang dari pelbagai negara. Apa lagi, I cakap JOM! I bawak you satu kedai ni dia jual paste macam2 utk masakan Malaysia. You boleh buat beef rendang, chicken curry, nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi.

Amoi dengar je, terus dia mengeluh, I tak pernah masak itu, susah lah. Dia nak masak udang dengan tomato sos, macam kawan dia buat. No no I said. Tu omputeh dah tau, depa dah biasa lahhh, nothing special about it, kene gelak je nanti dgn mat saleh, tak AUTHENTIC langsung.

I nak introduced you cara nak masak our AUTHENTIC food dengan cara senang. Lepas dah explain & tunjuk cara penyediaan baru la amoi cakap, eh senang aja la. Tau pun.

Di luar packet tulis Malaysian Traditional, Chicken Curry. Ni la curry yang ala ala kenduri khawin. Memandangkan ayam halal kat sini mahal, so I guna ubi kentang & tomato jelah. Sekadar nak melepaskan rindu makan kari melayu.

Tumis bawang, then masuk paste, masuk kan sedikit air, santan, ubi, tomato.... tadaaa. Dah ready nak makan.

Kenalkan Malaysia pada dunia melalui makanan kita yang sangat AUTHENTIC. Ni balik-balik Thai food je berlambak kat oversea.

Monday, April 8, 2013

Desert Roti Filling Chocolate dengan Custard

Assalamualaikum & hello,

Buat masa ni tak ada entry travel sebab dah stuck dekat Christchurch. InsyaAllah kalau ada rezeki leh sambung balik travel. Entry memang banyak citer pasal my food & lifestyle in Christchurch. Sekadar berkongsi. Jom tengok dessert I semalam.


Malam semalam after dinner tekak rasa nak dessert. Rajin tu tak berapa ada sangat. Nak beli kedai mana la buka malam-malam cenggini, bukan mcm kat Malaysia. Anytime anywhere perut lapor start je enjin keter kedai bersepah buka sampai pagi buta.

Stok dapur tak berapa nak ada sangat, ada roti, pastu saki baki cooking chocolate and tepung custard ada dlm cabinet. Jadilah tu nak buat dessert ala ala bodoh gitu janji dptlah memuaskan nafsu tekak ni.

Cooking chocolate tu di potong-potong ikut pandai-pandai korang la utk disumbatkan dalam roti buat macam sandwich. Then bakar dalam sandwich toaster sampai chocolate yg terkepit kat celah roti tu cair.

Then buat lak sos custard. Susu, gula & tepung custard. Kacau-kacau dengan api yang sederhana kalau tak ketul-ketul. Memandangkan malam semalam kemalasan melanda, jadi tak rajin sangat nak kacau-kacau sos custard dengan baik, jadi ketul-ketul la jawabnya.

Sedap??? Errmmm tekak sendiri kata sedap sebabnya I suka apa-apa sahaja dessert yang ada dark chocolate. Nyum!

Sunday, April 7, 2013

New Brighton Beach

Weekends uolss. Tak tau nak g mana. Lepak area dekat rumah je.

Nama tempat ni New Brighton Beach. Apa yang best kat sini? Best untuk lepak-lepak jelah. Angin kuat & sejuk. 

Nak pergi tempat ni dari rumah I jauh la kalau jalan kaki. Nek beskal kayuh dlm 30 minit je, dan kalau drive 10 minit. Naik bus mahal, NZD3.

Kalau mancing pon best kat pier yg panjang tuh mcm dlm gambor kat bawah tapi sejukkkk.


Riadah bersama keluarga pon sesuai kat sini. Ada free public pool, open air,,,, tapi sanggup ke dengan angin kencang yang sejuk.

 Itu saja cerita weekend yg agak quiet.


Friday, April 5, 2013

CLEAN EATING - Watch What You Eat

Assalamualaikum & hello,

Sekarang ni I mengamalkan CLEAN EATING. Menu untuk clean eating ni memang nampak membosankan tapi sangat bagus untuk kesihatan badan anda terutama mereka yang nak mengurangkan berat badan.

Through my observation among my friends in Malaysia, none of them practice CLEAN EATING. Cabaran besar tu nak mengamalkan CLEAN EATING di Malaysia. Lambaian mamak siang & malam; sana sini makanan sedap2.

My opinion, tidak ada apa yang susah untuk mengamalkan sesuatu. Kuncinya ialah MOTIVASI. What motivate me to practice CLEAN EATING? Untuk mendapatkan LEAN BODY & juga mencegah dari penyakit dan segala pelbagai masalah kesihatan.

This pic from Google search.
Apa itu CLEAN EATING? Makanan yang tak diproses, fresh seperti sayur-sayuran & buah-buahan.

Di Malaysia memang banyak la sangat apa jua masakan menggunakan minyak. One of my friend nak diet, tapi selalu mengadu dah diet tapi susah jugak nak turunkan berat badan. Silapnya? Tidak semestinya kita makan ciput boleh loose weight, it depends what we eat. Contoh, nak diet tapi makan nasi goreng separuh cawan je. Tetap tak menjadi sebab nasi goreng di goreng, tambahan menggunakan minyak kelapa sawit. Kalau nak goreng-goreng, gunalah minyak zaitun.


This pic from Google search too, sebagai inspirasi.

Lagi satu yang kurang sangat dilakukan oleh mereka yg nak menurunkan berat badan ialah senaman. Tidak ada masa selalu menjadi alasan. Oleh sebab banyaknyer golongan yg malas nak bersenam ni, maka wujudlah pelbagai product untuk menurunkan berat badan atau dikenali sebagai FAD DIET. Sangat tidak bagus uolllsss. FAD DIET tidak kekal lama. Nanti kita cerita panjang pasal FAD DIET. 

Secara kesimpulannya, WATCH WHAT YOU EAT, CLEAN EATING & EXERCISE adalah kunci untuk mendapatkan badan yang sihat & cantik. 

Jom tengok menu  makan malam I malam tadi. Simple je.

I knowwww.... I knowwww, banyak yang tak biasa dengan makanan macam ni. Orang yang mengamalkan makan mcm ni juga diklasifikasikan orang yg  membosankan. Tapi kalau I balik Malaysia, I melantak tak hengat gak. Balas dendam.

So, selagi ada kat sini I ambil peluang untuk mengamalkan makanan sihat. 


Tuesday, April 2, 2013

Memancing Di Tasik Heron, Canterbury.

Assalamualaikum & hello,

Mendapat jemputan dari 2 orang jejaka kiwi untuk menyertai aktiviti memancing. Ikut je.

Lokasi, Lake Heron, Methven... salah satu lokasi shooting Lord Of The Ring. An hour drive from Christchurch.
Diorang ni kalau bab outdoor memang laju je. Lengkap semua peralatan & mamakai proper attire utk memancing lak tu.




Tuh yang dok masuk dalam air tuh siap pakai 'gum boot' paras paha supaya tak basah. Nak amek gambar diorang dekat2 segan lak. Sebabnyer memang diorang dah label org2 Asia ni asyik suka bergambor je kejenyer.



Sedey, xda sape nk tlg snapkan.


Dapat ikan or tak? Elek. 0. Balik dgn tangan kosong... tapi mamat 2 orang yg i follow tu dpat 2 ikoq ikan trout.

Apapun suka sangat dengan kedamaian & keindahan pemandangan. SubhanAllah.