Monday, April 8, 2013

Desert Roti Filling Chocolate dengan Custard

Assalamualaikum & hello,

Buat masa ni tak ada entry travel sebab dah stuck dekat Christchurch. InsyaAllah kalau ada rezeki leh sambung balik travel. Entry memang banyak citer pasal my food & lifestyle in Christchurch. Sekadar berkongsi. Jom tengok dessert I semalam.


Malam semalam after dinner tekak rasa nak dessert. Rajin tu tak berapa ada sangat. Nak beli kedai mana la buka malam-malam cenggini, bukan mcm kat Malaysia. Anytime anywhere perut lapor start je enjin keter kedai bersepah buka sampai pagi buta.

Stok dapur tak berapa nak ada sangat, ada roti, pastu saki baki cooking chocolate and tepung custard ada dlm cabinet. Jadilah tu nak buat dessert ala ala bodoh gitu janji dptlah memuaskan nafsu tekak ni.

Cooking chocolate tu di potong-potong ikut pandai-pandai korang la utk disumbatkan dalam roti buat macam sandwich. Then bakar dalam sandwich toaster sampai chocolate yg terkepit kat celah roti tu cair.

Then buat lak sos custard. Susu, gula & tepung custard. Kacau-kacau dengan api yang sederhana kalau tak ketul-ketul. Memandangkan malam semalam kemalasan melanda, jadi tak rajin sangat nak kacau-kacau sos custard dengan baik, jadi ketul-ketul la jawabnya.

Sedap??? Errmmm tekak sendiri kata sedap sebabnya I suka apa-apa sahaja dessert yang ada dark chocolate. Nyum!

No comments: