Saturday, July 13, 2013

Di Suatu Tempat di Hujung Kota.

This is the reason why I like New Zealand so much. Walaupun duk di CBD, tempat2 cantik yg boleh layan blues sambil dengar lagu hindustan tak jauh dari city. Jalan tak jam & nak drive pon x jauh.

Hakikatnyer time I balik KL dulu, kepala aku pusin sebab tgk kereta atas jalan tak putus-putus. Naik train lak berlambak muka indon, muka bangla. Bergelumang lak dgn feeling fear. Mana tak takut kat ton oii,, kat paper citer jenayah sana sini. Kena rogol, kena ragut, kena tikam,,, macam2 lah.

Tempat ni macam dah jadi weekly spot I la kiranya. Walking track dia 1.30 hours je duration. Pemandangan memang oooooo cantek giler. Skang ni musim sejuk so jarang-jarang dah dtg sini.

Nama tempat ni Taylor Mistake Bay. Walking path nyer gentle je, x mencabar. Sesuai bawa anak bini.

Cantek kennnnnn





Ada juga disediakan beberapa biji pondok kalau nak bermalam sini. Bayor yer bukan pree.

Last entry I cakap nak citer pasal yg snow tebal tuuuu,,, next entry la I story mory. 

Lagipun I penat hari ni,,, terlibat dengan misi menyelamatkan anak bulus yg tersangkut kat pokok since lunch time. I balik kul 5pm, tak sempat masak apa-apa neighbour ketuk pintu bgtau kucing I ke yg tersangkut kat pokok tu. Katanya dari lunch time tadi. Dia ingat dah mati sebab tak bergerak... choiiiii. Nangis tau kalau dah  mati.

Dah lama tak panjat pokok hari ni kena panjat dengan sejuknyer menggigil aku. Neighbour nak panggil bomba tapi aku cakap biar aku panjat dulu, tunjuk skill kat neighbour lagi satu, kot kot dia intai dari tingkap. Sebab muka dia macam Keanu Reeves,,, melelesss.

Alhamdulillah berkat skill panjat pokok mangga kat kampung akhirnya berjaya bawak turun anak bulus. Patut kul 5.15pm buka puasa, 6pm baru aku meneguk air.

Ngantuk ni, nak tidor tapi nak habiskan tgk movie FROM HELL, citer pasal Jack The Ripper.

Ok, uols take care tau. Buka pose tu jgn over sgt. 

Tata titu

3 comments:

Zulfadly said...

bawak keter kat msia kena kesabaran tinggi, masa balik msia haritu pon, rasa nak jalan kaki je dari drive, tension, hehe selamat berpuasa

Buyuiazliana said...

kem salam kt jiran eh? hehehe.

Pink Diary said...

baiklah kak, sy akan sampaikan salam akak tu pd dia dgn manja dan sopan