Sunday, July 14, 2013

Hujung bulan Jun punyer la banyak snow

Assalamualaikum,

Macam mana puasa? Kat sini hari ke 4 kami berpuasa, we alls start puasa lewat sehari. 

Serious kali ni puasa memang best giler, seronok sangat. Sebabnyer job I indoor, bukan outdoor lagi macam dulu.

First time puasa kat sini dulu kena kerja kat ladang, membanting tulang dari kul 7am sampai kul 6am. Dah mcm Indon or bangla yg keja kat ladang kelapa sawit. Time tu winter lak, segala apa yg ada kat tanah beku. Walaupun waktu berpuasa pendek, tapi kalau dah kerja terdedah 11jam dgn cuaca sejuk as low as 0 celcius, tekak yg kering menjerit-jerita meminta air,,,,, ya Allah,,,,, Tuhan jelah yg tau time tu. Diakui, memang ada hari-hari yg aku ponteng pose dek kerana x larat sesangat.

Tinggalkan citer sedih di ladang....

Entry kali ni I nak share pic snow. I always very the jakun kalau tengok snow banyak2 ni... alwayssssss. Alahhh mat saleh yg dh berpuluh taun duk sini pon jakuns gakkk. Kengkadang wat lawak bodoh yg buat I tertanya, lawak ke derrr???

Contoh lawaknyer ialah time snow kat Christchurch dulu I nampak bebudak pompuan baya2 I ni berposing dengan bikini on the street sambil gelak2 mengilai amek gambar buat duck face. Simpang! Nyampah. Tak lawak lansung. Attention seeker ok.

Citernyer adalah mamat ni ajak g Lake Heron katanyer, sana snow tebal ya amat katanyer.. Dulu I ikut dia mancing kat Lake Heron ni dah baper kali dah. Memang kaki mancing tapi I like. 

Kat sini I rasa nak dtg sorang-sorang tak ada worried feeling contoh kene rogol, kena culik or kena rompak.

Second time, third time, and time time lain I drive sorang je dtg sini g Lake Heron. Tempat ni memang rural, ada 2 family farmer je yang duk area ni.

Road Closed katanyer bila sampai simpang ke Lake Heron. Mat saleh ni selamba jer, dia ckp kalau malam mungkin kita akan stuck, tapi siang, lek la. So redah jerr.... Memang jalan x licin pon. Ok jer.
Cuba cari mana tasik kat pic atas ni. Dah beku dah Maori Lakes ni. Kecik je tasik ni. Cobaan I nak ke papan tanda tu pun gagal sebabnyer snow paras lutut.
Nila gambaran dekat rupa snow yg dah jadi ais, macam serpihan kaca yg berderai pecah. Bukan lembut mcm snow biasa. Time ni cuaca -10. Kalau malam ntahler bape agaknyer. Bak kata mat saleh sorang ni, air tangki public toilet kat camping ground pon leh beku.
Bangga tak??? Toilet sini ada tulis bahasa melayu walau pon kasor bunyinyerrr.... JANTAN!!!!
Ni PEREMPUAN. Tak susah nak cari toilet kat sini kennn, pilihan di tangan anda JANTAN or PEREMPUAN. Walaoupun ceruk kampung mcm ni ada gak bahasa melayu, bangga la gak walaupon 2 words je.
Ni la Lake Heron yg diambil dari verandah holiday home. Rumah ni tak berkunci, I masuk saja nak jenguk2 je.
Backyard covered with snow.


Lake Heron,,,, cantek gilerrr kennn. Tenang sgt masa jalan2 kat tepi tasik, hanya kedengaran angsa, itik dan burung sahaja yg sibuk berbual sesama sendiri.
Tenang je kehidupan angsa ni, atas nampak tenang kat bawah tu kaki terkial-kial mengayuh.
Sape ingat lagi citer Jepun bersiri Oshin??? Time tu aku budak lagi, awal hujung 80an kalau tak silap, '88 or '89. Tengok tebing sungai penuh dgn salji ni teringat citer Oshin. Budak pompuan dlm citer tu selalu g amek air kat sungai redah snow, merah2 pipi dia.


Seperti hamparan permaidani putih.

Dah jauh sikit dari kawasan rural, temperature pon dah naik sket.

Ok, nak masak untuk berbuka pose. Roti canai & vegetable kari.

Tata titu.

1 comment:

Buyuiazliana said...

Naseb baik sign for ladies tu PEREMPUAN.. kalau dia letak betina? hahaha.